Categories: HiburanTrending

[VIDEO] Tular Aksi Afgan Selamba Cium Dahi & Peluk Rossa Depan Penonton – “Emang Boleh?”

Penyanyi Indonesia Afgan dan Datuk Seri Rossa sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas mempamerkan aksi mesra ketika usai membuat persembahan bersama.

Menerusi video yang tular di TikTok, Afgan dan Rossa telah menyampaikan lagu duet mereka, Kamu Yang Kutunggu ketika berada di sebuah acara.

Lebih mencuri perhatian, Afgan dengan spontan mencium dahi dan memeluk Rossa selepas menyanyikan lagu tersebut.

Terkejut dengan aksi spontan pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Malah, hubungan kedua-dua penyanyi itu juga masih menjadi tanda tanya dek kerana kemesraan yang dipamerkan kepada umum.

Fatin Nurain