“Semoga Tiada Lagi Air Mata Kesedihan & Penyesalan” – Nurul Shuhada

Perkongsian bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuhada memuat naik sebuah foto yang memaparkan kedua-dua anaknya iaitu Humairah dan Umar.

Foto tersebut menunjukkan Humairah dan Umar bersedia untuk menjalani sesi persekolahan pertama mereka bagi tahun ini.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berharap agar tahun-tahun mendatang tiada lagi air mata kesedihan dan penyesalan dalam hidupnya sekeluarga.

“Ya Allah, today is D-day. Humairah and Umar first day school of 2024, besar dah anak-anak ibu, semua pergi school.

“Doa ibu setiap detik untuk Humairah and Umar and Uwais. Allahummasolli’alamuhammad, semoga Ya Allah tahun 2024 dan yang akan datang, tahun yang terbaik buat kami semua, no more sad tears no more regrets insyaAllah, let’s begin,” tulisnya.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023 selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak Februari.

Mahkamah juga memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari 2023.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

ARTIKEL BERKAITAN: “Next Dah PSL” – Nurul Shuhada Beri Bayangan Puteri Sarah Akan Berkahwin?

ARTIKEL BERKAITAN: Achievement Unlocked! Nurul Shuhada Beli Kereta Pertama, Rakan Baik ‘Throwback’ Momen Duka – “Dia Pergi Mahkamah Ulang Alik Naik Bas Dari Perlis”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Buat Trend ‘Wanita Kalau Kahwin 4’, Netizen Tegur Nurul Shuhada – “Jangan Permainkan Hukum Allah Sis”

Khairil Khusyairi