Kongsi Video Menantu Kesayangan, Patimah Ismail Restu Puteri Sarah ‘Berteman’ – “Moga Ada Yang Menemani PSL & Anak-Anak Holiday”

Isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran menerusi Instastory miliknya pada Ahad.

Menerusi perkongsian tersebut, Patimah kelihatan memuat naik video pendek memperlihatkan Puteri Sarah dan dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah yang kelihatan sedang berada di lapangan terbang.

Bukan itu sahaja, Patimah turut menitipkan doa agar menantu kesayangannya itu dipertemukan dengan jodoh yang terbaik yang dapat menemaninya dan anak-anak pergi bercuti.

“Semoga ada yang menemani PSL bersama anak-anak holiday. Inshaa-Allah,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Difahamkan, video tersebut dipercayai diambil ketika Sarah dan keluarganya bercuti ke Turki baru-baru ini.

Terdahulu, Patimah menerusi hantaran yang dimuat naik di platform sama mengaku sangat terkilan apabila kehilangan besan sebaik ibu bapa aktres berkenaan.

“Amat terkilan kehilangan besan yang baik bagi kami dan mentua yang baik bagi Sol (Syamsul Yusof),” katanya.

Terdahulu, Patimah merupakan antara individu kuat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya seni dan kehidupan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul pernah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014, namun bercerai pada 13 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Malah, Syamsul juga telah mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar pada 5 Januari 2023 selepas terpalit dengan beberapa siri kontroversi membabitkan rumah tangganya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Dilabel Mentua Idaman, Patimah Ismail Tak Putus Titip Doa Buat Puteri Sarah – “Semoga Kebahagiaan Milikmu”

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Puteri Sarah Bahagia, Patimah Ismail Titip Doa – “Mama Reda Pemergian Mu”

ARTIKEL BERKAITAN:Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Momen Percutian Dengan Keluarga Di Jepun, Patimah Ismail Sebak Syamsul Yusof & Keluarga Tiada – “Biasanya Mereka Akan Ikut Cuti Sekali”

ARTIKEL BERKAITAN:”Amat Terkilan Kehilangan Besan Yang Baik Bagi Kami” – Patimah Ismail

Salma Syahbuddin