[VIDEO] “Mak Dia Tak Taste Dekat…” – Ameena Mimpi Shakilla Khoriri Kahwin Dengan Mat Salleh

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Ameena Sofea kerana terpaksa berpisah untuk beberapa hari.

Difahamkan, Ameena dan Shakilla tidak dapat beraya bersama kerana tahun ini merupakan giliran Ameena untuk menyambut Syawal dengan bekas suami, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali.

Dalam pada itu, netizen geli hati melihat telatah Ameena yang bercerita mengenai mimpinya.

“Mimpi umi, umi kawin dengan Mat Salleh,” ujar Ameena menerusi video tersebut.

Jawapan Ameena membuatkan Shakilla ketawa terbahak-bahak melihat gelagat anak perempuannya itu.

“Masya-Allah budak ni kadang buat aku speechless. Bila anak berkali-kali cakap macam risau jadi kenyataan. Dia tahu tak mak dia tak taste mat salleh?” tulis Shakilla di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan juga rakan artis turut terhibur dengan kepetahan Ameena dan mereka tidak melepaskan peluang untuk mengusik Shakilla.

“Harap-harap mimpi Ameena jadi kenyataan ye, comel sangat dia ni.

“Nak Aaaaamin kan boleh tak? Semoga Ameena jadi anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapanya.

“Kita dah feeling syahdu tau sekali dengar mimpi Ameena..” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana