[VIDEO] Mampukah Ismail Izzani Singkir Penyamar Dalam ICSYVM3 Minggu Ini?

Rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musim ketiga (ICSYVM3) kini sudah masuk minggu ketiga!

Program hiburan yang diadaptasi daripada rancangan popular Korea Selatan ini sekali lagi menyaksikan Shuk dan Sean Lee sebagai hos utama.

Sebelum ini, Nurisma Ummirah Abdul Rahman, si penggemar pemain rollerblade berjaya membuatkan Stacy memilihnya di pusingan terakhir setelah mengambil kira  pendapat ahli panel dan undian penonton untuk berduet menerusi lagu Pelangi Indah.

Bagi minggu ketiga, Ismail Izzani telah dijemput bagi menjadi tetamu jemputan untuk mencari penyanyi sebenar yang turut dibantu oleh ahli panel penyiasat seperti Yusry KRU, Jihan Muse dan Mark Adam.

Kalau minggu lalu, kita ada Stacy yang berjaya menyingkirkan 2 penyanyi samaran. Kali ini mampukah Ismail menyingkirkan penyanyi samaran dan berduet bersama penyanyi sebenar?

So, kalau nak tahu berjayakah Ismail Izzani memcari penyanyi sebenar seperti Sham Visa dan Stacy, saksikan #ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau korang juga boleh saksikan siaran secara langsung menerusi Youtube TV3 Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my

Sumber: Instagram TV3 Malaysia Official

Syafiqa Irdina