[VIDEO] “Meh Atok Pegang Kejap Boleh?” – 5 Tahun Tiada Rezeki Timang Cucu, Pak Cik Minta Pinjam Anak Orang Buat Netizen Sebak

Tular sebuah video di laman sosial yang memaparkan aksi seorang pak cik mahu ‘meminjam’ anak orang untuk didukung olehnya.

Menerusi perkongsian di TikTok, sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan di sebuah kedai makan bersama bayi perempuan mereka.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila seorang pak cik meminta izin untuk mendukung anaknya sementara mereka menikmati juadah yang dipesan.

“Tengah breakfast kat kedai mamak, ada pak cik dan mak cik meja sebelah senyum senyum tengok Aufa.

“Mak cik tu cakap dah lima tahun tunggu cucu daripada anak dia tapi belum ada rezeki,” tulisnya di video tersebut.

@ameeraida semoga ada rezeki untuk atok nenek nimang cucu 😘 #lakibini #couplestiktok #malaysiacouple #babytiktok #babymalaysia #suamiistri #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia ♬ suara asli – Azizah_bams – Azizah_Jambi

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya sebak melihat kedua-dua pasangan tersebut.

Malah, ada juga tang mendoakan agar anak kepada pak cik dan mak cik itu cepat dikurniakan anak.

“Pakcik tu nampak penyayang sangat moga ada rezeki dia timang cucu sendiri Aamin. Berair mata.

“Ya Allah kau kurniakanlah cahaya mata pada ibu-ibu di luar sana yang masih belum di kurniakan cahaya mata Aamiin Ya Mujiib,” ujar netizen.

Nurul Hana