Gara-Gara Tayang ‘Six Pack’, Penampilan Atiq Azman Dikritik.. Netizen Komen: “Dulu Kemain Acah-Acah Jaga Aurat, Sekarang…”

Pelakon Atiq Azman mengundang kritikan netizen selepas berkongsi gambar ‘tayang body’ di laman sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Atiq atau nama sebenar Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah memuat naik gambarnya memakai baju kemeja berbelang biru putih.

Apa yang mencuri perhatian apabila baju kemeja yang digayanya terselak dan terdedah di bahagian depan badan sehingga menampakkan bahagian pusat dan ‘six pack’.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai kritikan warganet yang rata-ratanya mendakwa pelakon drama Nur ini seolah-olah bangga menayang badan.

Malah, ada yang yang mengatakan dahulunya Atiq seorang yang menjaga aurat dan membawa imej yang baik namun segalanya sudah berubah.

“Wah, bangga gila tunjuk aurat, dah macam orang barat eh, bagus-bagus. Alamak terus tak minat dah.

“Dulu kemain acah-acah jaga aurat, sekarang elok dah belanja orang tengok,” komen netizen.

Nurul Hana