[VIDEO] “Memang Gaya Dia, Bukan Sebab Cerai!” – Noh Salleh ‘Meludah’, Peminat Tepis Dakwaan Negatif

Nama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh heboh menjadi perbualan hangat selepas tular sebuah video menunjukkan aksi kurang sopan di Konsert Hausboom Music 2022 yang diadakan di MAEPS, Selangor.

Menerusi video berdurasi 31 saat yang tular di TikTok, Noh melakukan aksi melompat serta membaling ‘microphone stand’ lalu terus meludah dari atas pentas kepada ratusan penonton ketika membuat persembahan.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa jijik terhadap aksi Noh yang dianggap sangat tidak wajar dan seperti tidak bersalah.

Meskipun teruk dikecam, segelintir peminat Noh tampil membidas dakwaan negatif itu yang bersepakat karakter penyanyi berusia 37 tahun itu tidak berubah dan tiada kaitan dengan isu perceraiannya baru-baru ini.

Menurut mereka, individu yang tidak mengenali Noh sejak awal kemunculannya dalam industri seni boleh berkata sedemikian namun tidak perlu mengaitkan dengan kisah rumah tangganya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu, Mizz Nina Akui Takut Tak Beri Didikan Terbaik Untuk Musa – “Kehidupan Saya Berubah, Tapi…”

Artikel Berkaitan: Perceraian Mizz Nina & Noh Salleh Didakwa Sebab Orang Ketiga, Wanita Ini Tampil Buat Pendedahan – “Saya Memang Personally Kenal…”

Aqilah Paharuzi