[VIDEO] Dikritik Guna Daun Limau Dalam Resepi Nasi Lemak, Ramai Tampil ‘Back Up’ Khairul Aming

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming baru-baru ini menjadi perbualan hangat di media sosial setelah berkongsi resepi baharu, menu Nasi Lemak di akaun Instagram miliknya.

Aming yang cukup dikenali sebagai seorang individu yang kerap berkongsi menu memasak dikritik segelintir netizen yang mempertikaikan kegunaan daun limau purut dalam nasi lemak.

Ekoran itu, ramai yang tidak bersetuju dengan cara masakan Aming yang dikatakan telah mengubah resepi Nasi Lemak yang seharusnya menggunakan daun pandan.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial, ramai juga yang tampil mempertahankan Aming yang berkata setiap individu mempunyai cara mereka tersendiri dalam masakan.

Namun begitu, perbalahan antara mereka seakan tidak menemui tanda noktah kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada respons daripada pihak Aming sendiri atas kontroversi terpalit dirinya.

Artikel Berkaitan: “Macam Ni Punya B*doh Pun Ada” – Label Khairul Aming Sebagai Berhala, Ramai Netizen ‘Naik Angin’

Aqilah Paharuzi