[VIDEO] Menari Tayang Badan & Pusat, Amir Ahnaf Dikritik – “Buat Apa Ni, Bro Think He Is Jungkook”

Pelakon dan model, Amir Ahnaf menjadi sebutan hangat di media sosial selepas tular sebuah video memaparkan aksinya sedang menari dengan hanya memakai jacket denim.

Video tular dikongsikan oleh portal hiburan di aplikasi TikTok itu menerima kritikan segelintir pihak lebih-lebih lagi apabila Amir hanya memakai jacket denim namun menunjukkan badan dan pusatnya.

Dalam video berkenaan juga, Amir berkongsi mengenai antara bucket list yang telah dicapainya adalah ‘sky diving’.

“One of my bucket list yang saya dah lunaskan adalah sky diving. First 10 second when you jump out of the plane, kau boleh rasa yang kau kecil gila dalam dunia ini dan ada banyak ‘gila’ yang kau kena terokai.

“So that makes us human. Itu adalah satu pengalaman yang terbaik pernah saya alami,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, nama Amir dikritik oleh segelintir netizen yang mempersoalkan mengenai apa yang cuba disampaikan olehnya.

“Apa ni? Acoustic ke? Terpusing-pusing,” tulis netizen.

“I refused to believe this is Amir Ahnaf,” katanya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 165,000 tontonan, 6,000 tanda suka, dan lebih 1,000 komen.

Sebelum ini, Amir menafikan dia merampas aktres jelita, Anna Jobling daripada rakan industri, Meerqeen serta menjelaskan mengenai  hubungan rapatnya bersama pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Suka Orang Disrespectful!” – Amir Ahnaf Perjelas Keluar Kata Kesat, Bengang Individu Komen Jelek Terhadap Arwah Bapa Anna Jobling

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rasa Antara Kami Bertiga Ada…” – Amir Ahnaf Jawab Tuduhan Rampas Anna Jobling Daripada Meerqeen

Artikel Berkaitan: Babak Cium Tangan Amir Ahnaf & Anna Jobling Bikin Peminat ‘Panas Hati’ – “Macam Mana Nak ‘Move On’, Dia Main Cium-Cium Pula”

Aqilah Paharuzi