Categories: SelebritiTrending

Gara-Gara Tok Ram Sering Kritik Aliff Aziz, Alyah Pula Diserang Warganet – “Tolong Jangan Babitkan Saya!”

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan menerima kiriman mesej daripada warganet yang menyerangnya gara-gara sebuah pertandingan nyanyian yang mana suaminya, Datuk Ramli MS sebagai juri tetap.

Individu yang mengirim kiriman tersebut mempersoal tindakan suaminya yang mesra disapa sebagai Tok Ram sering memberi komen buruk terhadap penyanyi Aliff Aziz.

Susulan itu, Alyah meminta warganet untuk tidak melibatkannya dalam urusan yang dirinya tidak terbabit langsung.

“Tolong jangan babitkan saya. Awak tahukan ig acc tokram haaa dm ja terus. Saya ni kat rumah tak kacau orang pun adoiii penat ler macam ni,” katanya pada individu itu.

Oleh itu, Alyah juga memuat naik sebuah hantaran dengan memberi amaran kepada warganet untuk tidak membabitkannya dalam hal program nyanyian tersebut.

“Sapa-sapa DM saya hal hal GV yang tak puas hati ke apa ke? Saya memang akan paparkan kat ig story saya. Sebab saya ni tak campo hal hal gv.

“Memang tokram suami saya tapi kami bukan kembar siam ya. Tak ada lah semua benda saya nak kena ambik tahu. Gv pun jarang pergi dek oii.

“Tolonglah matang sikit. Ada yang lebih penting lagi dari hal hal ni. Palestine tu perlu doa dan sumbangan kita. Bukan kerja nak bertelagah ja… sudah sudahlah ya,” tulisnya.

Atiqah Johari