Categories: FESYEN

Percaya Kredibiliti 2 Aktor Popular, Ini Sebab Eastana Exclusive Pilih Fattah Amin & Ben Amir Sebagai Duta

Kredibiliti dua aktor popular, Fattah Amin dan Ben Amir menjadi penyebab mereka dipilih sebagai duta.

Jenama baju Melayu baharu, Eastana Exclusive mempertaruhkan wajah dua pelakon ternama ini untuk mewakili jenama mereka yang bakal memeriahkan busana Syawal jejaka pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan.

Menurut Pengarah Eastana Exclusive, Datuk Siti Aminah Haji Ahmad, jenama ini mahu menampilkan kualiti dan mempertaruhkan wajah dua jejaka kelahiran Hero Remaja ini.

“Kami memilih mereka berdasarkan kredibiliti yang ada. Fattah dan Ben bukan sahaja mempunyai nama besar dalam industri, tetapi mereka juga ikhlas dalam menjalinkan kerjasama.

“Bermula pertemuan pertama lagi, segalanya dipermudahkan. Mereka suka dengan kualiti dan koleksi yang ditampilkan, malah dengan merendah diri sanggup membantu kami membina jenama. Apa yang boleh saya katakan, mereka tidak menekan harga dan ia cukup berbaloi bagi kami yang baru pertama kali berkecimpung dalam industri ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Izin & Restu Suami Itu Perlu” – Fattah Amin Tak Kongkong Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Yang Tulis, Bukan Admin” – Ramai Tak Percaya Bila Ben Amir Sering Lepas Geram di X

Tambah Aminah, mereka meletakkan sasaran untuk menjual 200,000 helai koleksi baju Melayu cekak musang dan teluk belanga, baju Melayu kanak-kanak serta kurta kepada orang ramai dalam variasi 40 warna.

“Ini merupakan kali pertama Eastana Exclusive akan berada di pasaran. Sudah pasti kami berharap agar kemunculan kami diterima ramai. Kami sudah berikan yang terbaik dengan menawarkan kualiti dan rekaan tanpa kompromi.

“Lebih-lebih lagi dengan pemilihan dua selebriti popular sebagai duta. Semoga usaha kami membuahkan hasil dan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya lagi.

Padin