[VIDEO] Menyorok Dalam Almari Demi Ulas Isu Poligami, Caprice Kena Pulas Telinga Dengan Isteri Lagi! “Emosi Para Isteri Tak Stabil Buat Masa Ni”

Gara-gara isu poligami pempengaruh media sosial, Alif Teega, penyanyi rap Caprice antara yang tidak mahu ketinggalan mengulas mengenai isu tersebut apatah lagi ramai dalam kalangan pengikutnya meminta untuk dia berbuat demikian.

“Ramai yang DM dan minta saya ulas pasal isu ni ( isu poligami Alif Teega), “ katanya.

Namun, tindakan Caprice yang kelihatan lari daripada pengetahuan isterinya dek kerana bimbang dia memberikan pendapat mengenai isu sensitif seperti yang berlaku terhadap Abang Tesla sebelum ini mencuri perhatian.

“Kita cari lokasi yang lebih baik..ini adalah topik yang sensitif,” jelasnya.

Terkejut dengan tindakan Caprice yang sanggup masuk ke dalam almari demi mengulas isu berkenaan, Farra bagaimanapun memberi amaran sambil memegang tongkat pemukul (bat) sebelum memarahi dan bertindak memulas telinga suaminya.

“Galak awak ni! Kenapa nak cari dalam bilik adik pula?

“Ni bilik adik?,” ujar Farra.

 

Terdahulu, isu rumah tangga Alif Teega dan Aisyah Hijanah tular selepas pasangan ini mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada umum mengenai perkahwinan kedua Alif bersama wanita yang dikenali sebagai, Fatin Umaidah.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Demi Allah! Tuduhan Tu Melampau, Saya Tak Maafkan”- Alif Teega Nafi Naik Tangan, Berseronok Sebelum Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umairah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

 

Salma Syahbuddin