Isu Poligami & Penyondol Kembali Hangat, Suami Ummi Nazeera Titip Pesanan… “Suami Bersedialah! Share Live Location Walaupun Isteri Tak Minta”

Isu poligami babitkan pempengaruh media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah masih menjadi sorotan dalam kalangan masyarakat.

Malah, suami kepada pelakon versatile, Ummi Nazira iaitu Dr Izzar menerusi hantaran terkini di Instagramnya juga tidak melepaskan peluang menitipkan pesana buat para suami agar bijak mengurus emosi para isteri pada waktu ini susulan kisah tular tersebut.

“Buat para suami diluar sana, bersedialah. Berhati-hatilah dalam tutur bicara bersama pasangan. Iyakan sahaja apa diminta dan minta maaf siap-siap walaupun taktau apa kesalahan yang telah dan akan dilakukan.

“Wife share reel atau tiktok video yang kita sebenarnya dah tengok pun buat-buatlah macam tak pernah tengok lagi. Sharelah juga live location dekat whatsapp tu selalu walaupun tak diminta. Doakan yang baik-baik untuk semua. #pesanankhidmatmasyarakat,” katanya.

 

Walaupun kapsyen berkenaan tidak menyatakan nama mana-mana individu, namun warganet seakan-akan dapat meneka pesanan tersebut sebenarnya merujuk kepada kisah kontroversi tersebut apatah lagi foto hantaran itu turut disertai dengan huruf Alif yang ditulis dalam bahasa Arab.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan teguran sarkastik yang diberikan.

Bahkan, penyanyi dan pelakon, Alif Satar juga kelihatan meninggalkan komen pada ruangan berkenaan.

Terdahulu, Alif Teega tampil menjelaskan bahawa segala tuduhan yang menghambat dirinya pada ketika ini adalah satu fitnah melampau dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakna undang-undang termasuklah jika ia melibatkan ahli keluarganya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Demi Allah! Tuduhan Tu Melampau, Saya Tak Maafkan”- Alif Teega Nafi Naik Tangan, Berseronok Sebelum Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umairah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

 

Salma Syahbuddin