Hiburan By: Salma Syahbuddin April 14, 2023 @ 8:40pm

[VIDEO] Mesra & Merendah Diri, Ramai Puji Cara Siti Nurhaliza Layan Peminat – “TokTi Ni Jenis Kalau Boleh Semua Dia Nak Layan, Sebab Tu Dia Sentiasa No.1”

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian selepas ada peminat berkongsi gelagatnya yang sedang berjalan tergesa-gesa kerana menghadiri sebuah acara yang berlangsung  di Stadium Malawati, Shah Alam, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang dikenali sebagai @bahiuddinhussin berkongsi momen bersama Siti apabila dia sempat memanggil penyanyi itu untuk singgah sebentar di gerainya sambil merasa kuih yang dijual.

@bahiuddinhussin Replying to @intanibrahim2358 ♬ original sound – Bahiuddin Hussin

 

Tidak kekok dan sentiasa ramah melayan karenah peminat, Siti bagaimanapun sempat berhenti dan merasa sendiri makanan tersebut sebelum melayan peminatnya itu untuk mengambil foto bersama-sama.

Bahkan, dalam hantaran yang sama, peminat tersebut memberikan kuih yang dijualnya itu kepada Siti secara percuma, namun pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu bertegas untuk membayar kuih terbabit.

@bahiuddinhussinBaiknyaaaa TokTi 😍😍 terima kasih beli Cake kiterrr untuk Raya♬ original sound – Siti Nurhaliza

 

Melihat sikap Siti yang sentiasa merendah diri membuatkan rata-rata netizen terharu dan menghormati penyanyi itu kerana sikapnya yang sentiasa berbudi bahasa melayan peminat.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telahpun meraih lebih 600,000 tontonan dan lebih 20,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

等了4年!蔡依林新专辑「名称、风格」曝光

天后Jolin蔡依林能歌善舞稳坐流行音乐歌坛一姐宝座,日前她宣布好消息,即将推出睽违4年的新专辑!

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Sah! Comel Pipi Merah Belum Ada Akaun Instagram

etakat ini, Siti belum memutuskan untuk membuka akaun Instagram rasmi Siti Aafiyah. Mungkin dia ada alasan tersendiri dan mahukan ruang,” katanya.

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

“Padanlah Permaisuri Agong Pun Tutup Akaun!” – Datin Alyah

Bila ‘keyboard warrior’ menyerang lagi….

Events Sat, 26 Jan 2019

Lagu Throwback Siti Nordiana Masih Menyengat

Sedapnya suara Siti Nordiana!

Trending Sun, 31 Jan 2021

Arill Fesol Pertaruhkan “Bersangka” Demi Peminat

Wah, bakat baru dalam industri muzik 😍

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Selepas Wardina, Giliran Ibu Pula Tegur Aliff Syukri

Selain bekas pelakon Spanar Jaya, Wardina Safiyyah, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim turut menegur anaknya.