[VIDEO] Mimi Lana Sambut Birthday Syafiq Kyle Curi Perhatian! Netizen Pula Komen: “Romantik Juga Khalish Ni”

Pasangan kekasih Syafiq Kyle dan Mimi Lana terus mendapat perhatian warganet apabila mereka berdua mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Terbaharu, Mimi ada membuat perkongsian di TikTok yang memaparkan momen-momen dia dan Syafiq sedang makan malam bersama di sebuah restoran hotel terkemuka di ibu kota.

Lebih manis adalah pelakon drama Perempuan Itu turut meraikan hari ulang tahun kelahiran Syafiq pada malam tersebut.

Mengenakan pakaian serba hitam dan putih, ternyata pasangan romantis ini membuat semua tidak sabar melihat mereka disatukan kelak.

Namun, ada juga yang berseloroh dengan menyatakan Mimi yang memegang watak Khalish dalam Perempuan Itu sungguh romantik.

Menjengah ke ruangan komen lagi, rata-rata warganet menyifatkan pasangan ini sangat serasi bersama. Malah ramai turut memberi ucapan hari jadi kepada Syafiq.

Terdahulu, Syafiq meluahkan rasa syukur apabila segala persiapan hari bahagianya sudah 100 peratus selesai.

Januari lalu, Syafiq bersama keluarganya merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Jangan lupa saksikan siri Tonton Eksklusif, Perempuan Itu hanya di Tonton! Muat turun aplikasi Tonton atau layari tonton.com.my

Khairil Khusyairi