[VIDEO] Shuib Didakwa Tak Setia & Cepat Move On, Abang Arwah Siti Sarah Beri Respons – “Netizen Makin Merapu!”

Berita perkahwinan pelawak dan penyampai radio, Shuib bersama isterinya, Watie Hanifiah sehingga kini masih hangat menjadi perbualan ramai.

Rata-rata netizen mendakwa Shuib terlalu cepat berubah hati dan move on, sehingga didakwa tidak setia gara-gara membuat keputusan Untuk berkahwin baharu selepas dua tahun pemergian Allahyarhamah Siti Sarah.

Susulan itu, sebuah video tular di TikTok, adik ipadnya Ahmad Firdaus Raisusdin iaitu abang kepada arwah Siti Sarah tampil mempertahankan Shuib.

Menerusi video tersebut, Fidaus tampil menjawab komen netizen yang dianggap melampau kerana mendakwa kakaknya diduakan serta menganggap Shuib tidak akan berjumpa bersama Sarah di akhirat kelak.

“Saya rasa netizen dah makin merapu. Lain kali kalau tidak tahu hukum agama kita rujuk dahulu baru tulis,” tulisnya di kapsyen.

Sementara itu, Firdaus menyertakan video penjelasan oleh penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkaitan perkahwinan suami selepas kematian isteri

“Kalau isteri mati dulu memang akan jadi isteri kita. Kita kahwin ramai mana pun katakanlah kita kahwin empat di dalam dunia ni, kalau mereka (isteri) mati dan tak kahwin lain selepas kita maka mereka akan menjadi isteri kita di dalam syurga,” kongsinya.

Shuib dan Watie selamat mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu dalam satu majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam.

Sekadar info, hasil perkahwinan Shuib dan Allahyarhamah Sarah mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

Aqilah Paharuzi