Baju Bunga-Bunga Kuning Aina Abdul Kali Ini Dapat Pujian Netizen – “This Week Punya Outfit Memang…”

Penyanyi terkenal, Aina Abdul sering dikecam netizen kerana penampilannya yang didakwa menganggu pandangan penonton di bahagian belakang semasa menjadi juri di sebuah rancangan nyanyian televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul Gayakan Baju Tema Lampu – “Toto Dah, Tak Sabar Perkakas Rumah Apa Lagi Lepas Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Kena Kecam Lagi! Busana Aina Abdul Dikritik, Netizen Samakan Dengan Toto Bersama Bantal?

Terbaharu, penampilannya pada minggu ini telah mencuri perhatian peminat dengan fesyen yang berbeza.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Aina tampil mengenakan busana dengan berkonsepkan ‘Buttercup Flowers Dress’ berwarna kuning.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan Aina yang kelihatan elegan.

Malah, ada yang berseloroh menyamakan pakaian Aina seperti durian king.

“This week punya outfit memang lain dari yang lain but very pretty dan elegant, memang lurve gila dengan outfit this week.

“Tengok Aina terus teringat durian musang king. Sekebun cinta nan berbunga. Tapi dalam banyak-banyak bunga tu, Aina Abdul yang paling cantik,” tulis netizen.

Nurul Hana