[VIDEO] Minta Isteri Labuhkan Tudung, MK K-Clique Raih Pujian Netizen

Baru-baru ini, penyanyi rap pujaan ramai dari kumpulan K-Clique, MK, telah mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya iaitu, Siti Hajaar.

Namun apa yang lebih menarik adalah tentang penampilan isteri MK yang dikatakan sangat ayu dan sopan sepanjang majlis pernikahan dan juga majlis resepsi.

Terbaru tular pula video ketika isterinya sedang bersiap sebelum majlis resepsi di mana MK telah menegur agar isterinya melabuhkan sedikit tudung yang dipakai.

Tindakan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, telah meraih pujian netizen dan rata-rata netizen memuji kecantikan isterinya di ruangan komen.

“Alhamdulillah. Suami jaga aurat isteri

“Alhamdulillah comelnya! Dress pun tak ketat sendat padat

“Walau rappers tetapi utamakan Allah uatamakan aurat isteri

“Dari dulu sampai sekarang dia tetap cantik. Lemah lembut, sopan dan memang jenis suka senyum dekat orang. Masa dekat UniTAR pun suka tengok dia sebab cantik. Beauty with brain

“Kita yang perempuan ni pun suka betul lah tengok Hajaar ni,” tulis netizen.

MK dan Hajaar telah selamat diijab kabulkan pada 16 Jun yang lalu di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang.

Izzi Farhana