Sewa Panggung Wayang, Hasilkan Dokumentari Sebagai Tanda Penghargaan… Hafiz Mahamad Buat Surprise Untuk Syafiqah Aina Sampai Nangis

Pempengaruh dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad tampil membuat kejutan buat isterinya, Syafiqah Aina sempenah ulang tahun kelahirannya yang ke-29 tahun sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian  di Instagram, Hafiz tampil berkongsi momen ketika dirinya membuat persediaan bersama pekerjanya untuk memberikan kejutan buat Aina.

Dalam perkongsian tersebut, Hafiz menyatakan dia sempat menghasilkan sebuah dokumentari dan menempah satu bilik di pawagam untuk meraihkan ulang tahun kelahiran isteri tercintanya.

Terharu dengan tindakan suaminya itu, Aina kelihatan sebak dan mengalirkan air mata selepas melihat apa yang dipamerkan di skrin besar itu.

“Mengalir air mata isteri saya semalam”. Abang taknak hadiahkan perkara yang awak mampu beli, tapi abang akan beri apa yang tak mampu awak beli.

“Lihatlah guna hati video ni. Jika ada air mata yg mengalir tolong selitkan doa untuk isteri saya sebagai hadiah Birthday day.

“Saya sewa 1 panggung wayang semalam ada sebab. Mungkin dia pernah menginginkan kehidupan seperti watak atau apa cerita dalam wayang atau drama.

“Tapi wayang is still wayang. Saya nak buktikan, apa yang ada di screen semalam adalah cerita da watak yang ada dalam realiti life Aina,” tulisnya.

Menurut Hafiz, tujuannya menghasilkan dokumentari itu adalah untuk menyedarkan isterinya bahawa dia telah banyak menyebarkan kebaikan kepada orang di sekelilingnya tanpa disedarinya.

“Saya hadiahkan saya documentary pada dia, Ya Allah. Tujuan saya, saya nak dia tahu tanpa dia sedar banyak dah kebaikan yang dia buat.

“Orang kata, “Baik kita, biar orang ceritakan. Dalam documentary tu, banyak kebaikan yg mereka ceritakan ttg awak”. Harap awak happy Syafiqah Aina,” katanya.

Kagum dengan tindakan pempengaruh itu membahagiakan isterinya, perkongsian tersebut turut dihujani dengan pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Dalam perkongsian lain, Hafiz turut mengumumkan bahawa dia akan membawa isterinya bersama ibu bapa mertuanya menunaikan ibadah haji tidak lama lagi.

Fatin Nurain