Categories: Trending

[VIDEO] Kekal Tenang, Pelakon Singapura Didakwa ‘Rampas’ Trofi Daripada Amelia Henderson? Netizen Komen: “No Manners At All”

Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson dijemput sebagai penyampai anugerah ke anugerah berprestij, Pesta Perdana 2023 di Singapura, pada Sabtu lalu.

Menerusi siaran anugerah tersebut, Fatin Amira yang merupakan pelakon dan pengacara negara itu didakwa merampas trofi anugerah yang disampaikan oleh Amelia.

Fatin mengambil anugerah itu sebagai wakil rakannya, pelakon Suhaillah Salam yang memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Utama Drama Khas/Antologi.

Meninjau di ruangan komen hantaran Amelia di anugerah berkenaan, rata-rata netizen bersimpati dengan insiden yang terjadi kepadanya.

Malah, mereka memuji sikap profesional Amelia yang pandai mengawal emosi dengan tenang.

“Dahlah wakilkan Suhaillah Salam, then ambil piala dengan cara ‘rampas tepi’ gitu dari si Amelia ni, nasib baik Amelia professional, tak nampak akan mukanya yang agak terkejut dengan tindakan sebegitu. Kalau tak suka sekalipun, adab mana?

“Trophy tu bukan dia punya pun. Setakat ambil on behalf je. Tak ada adat. Jalan sambil ‘rampas’ tu trophy with one hand. No eye contact or whatsoever. So rude.

“Omg yes! Saw it.. no manners at all,” komen netizen.

 

Maya Basir