[VIDEO] “Muncul Pelangi Selepas Hujan” – Bella Astilah Titip Pesanan Buat Nurul Shuhada… Ramai Luah Rasa Sebak!

Perkongsian terkini, pelakon Bella Astilah bersama bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri seakan meruntun jiwa ramai.

Berdasarkan hantaran tersebut, Bella memuat sebuah video pendek memaparkan momennya ketika berjumpa Shuhada di restoran.

Dalam video berkenaan, raut sayu Shuhada yang mempunyai parut kekal di wajahnya akibat ditumbuk sebanyak tiga kali oleh Hafidz telah menyentuh hati.

Menerusi ruangan kapsyen, Bella turut menitipkan pesanan kepada Shuhada bersempena dengan Hari Wanita yang jatuh pada tarikh 8 Mac ini.

“Happy Women’s Day to all the incredible and beautiful women! Shine on… not just today but everyday.

“Especially to my beautiful adik, Shuhada. Percayalah selepas hujan, pastu akan ada pelangi,” tulisnya.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri luahan hati rakan-rakan selebriti yang sayu melihat raut wajah Shuhada tampak sangat terluka.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan netizen menitipkan pesanan indah buat mereka agar masing-masing disuntikkan kekuatan dalam mengharungi segala ujian kehidupan dan rumah tangga.

Sebelum ini, rumah tangga Hafidz dan Shuhada berada dalam keadaan goyah selepas muncul kontroversi pelakon itu curang di belakang isterinya.

Malah, keluarga Shuhada turut mengesahkan pasangan ini telah berpisah talak satu menerusi sebuah panggilan telefon.

Tidak habis disitu, Hafidz juga telah menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Kantoi Check In? Bekas Isteri Dedah Ada Bukti Perbuatan Maksiat – “Itu Dosa Dengan Allah, Tapi Cari Kami Di Padang Mahsyar…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kekasih Hati Takut Dikecam Lagi Sebab…” – Nurul Shuhada Dedah Punca Ditumbuk Hafidz Roshdi!

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ditumbuk & Dipermainkan Dengan Nama Allah” – Buat Pendedahan, Shuhada Dakwa Adik Ipar Bersekongkol Dengan Hafidz Roshdi?

Aqilah Paharuzi