[VIDEO] “Muncung Sikit Lah…” – Siti Nurhaliza Dedah Cara Merajuk Dengan Suami

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan caranya apabila merajuk dengan suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Menerusi perkongsian di TikTok @kick_kapoor8989, setelah lama berkahwin, Siti memilih untuk berdiam diri jika sedang merajuk.

“Sebagai seorang manusia, lebih-lebih lagi wanita, saya merajuk tapi cara saya adalah berdiam.

“Dalam perkahwinan, bila kita dah lama, kita dah faham perangai suami kita, berdiam tu lebih baik,” katanya.

@kick_kapoor8989 Comel gaya merajuk siti dengan dato K.. tips beliau cara atasi 😆😆😆 #fyp #fypシ #masukberanda @Siti Nurhaliza ♬ Si Gendut – Agus Gobang

Namun, jika dipanggil, dia tetap datang tetapi hanya berdiam dan akhirnya disedari suami bahawa dirinya sedang merajuk.

“Bila saya diam, bila dipanggil tu datang juga cuma berdiam. Perkara tu membuatkan dia rasa ‘alamak tak best’.

“Muncung sikit lah.. Muncung dia dua inci je tak panjang,” ujarnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen dapat mengaitkan cara Siti dengan situasi mereka yang turut berdiam diri jika sedang merajuk.

Maya Basir