Categories: Trending

“Ini Semua Drama Je Tau… Bukan Betul-Betul”- Akibat Watak ‘Makan Dalam’, Syamim Farid Terima Ugutan Simbah Asid

Watak Heliza menerusi drama yang kini mencetuskan fenomena, Sekali Lagi Cinta Kembali, memberi impak besar kepada Che Puan Syamim Farid, 31, apabila diugut akan disimbah dengan asid selain menerima kata-kata kesat daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Ini kerana, watak yang dipegang menerusi drama tersebut memberi kesan kepada penonton. Malah, tindakannya yang memporak-perandakan rumah tangga Aira, lakonan Siti Khadijah dan Hayyat (Aniq Suhair) dalam drama siaran slot Akasia TV3 itu ternyata menyakitkan hati penonton.

 

Menerusi video berdurasi 10 saat yang dikongsi oleh @ayinn03 di laman sosial Twitter, Syamim dilihat telah diberikan ugutan sehingga ada yang sanggup membuat ‘fake account’ semata-mata mahu menghinanya di laman Instagram berkenaan.

Bagaimanapun, rata-rata peminat Drama Sekali Lagi Cinta Kembali memberi respon positif terhadap lakonan beliau.

Sementara itu, Syamim Farid turut menitipkan pesanan berupa ‘quote’ dilaman Twitter peribadinya memaklumkan bahawa, ia hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

“Korang, ini semua drama je tau. Bukan betul-betul. Kalau jumpa, jangan marah-marah i ok.” Kata Syamim Farid.

 

Dharnieya Nur Amelsa