[VIDEO] Nampak Berseri-Seri, Janna Nick Hamil Anak Pertama? Ini Penjelasan Empunya Badan…

Pelakon dan pengacara Janna Nick tampil memberi respons apabila dikatakan sedang hamil cahaya mata pertama apabila kelihatan berseri-seri, baru-baru ini.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, sekiranya dia berbadan dua, pastinya dia akan berkongsi berita gembira tersebut kepada semua.

“Mungkin sebab saya bekerja dalam tempat tertutup seperti di UiTM dan Istana Budaya sepanjang latihan teater Pak Pandir dan Labu Ajaib.

“Tak kena matahari, itulah sebabnya wajah saya berseri.

“Doakan yang baik-baik, kalau ada pastinya saya akan kongsi. Fizikal saya pun makin kurus. Kalau ada (mengandung) pasti akan bertambah besar,” katanya kepada XTRA.

Jelas Janna lagi, dia yang turut terlibat dengan pementasan Teater Pak Pandir dan Labu Ajaib itu menafikan penukaran saat akhir sebagai pelakon kepada pelakon Nadia Brian adalah faktor dirinya hamil.

“Tidak, memang penglibatan saya dengan Famili Duo.

“Perkara itu memang kami dah maklumkan di akaun rasmi kami. Penukaran ini dibuat kerana saya juga harus memegang tanggungjawab sebagai penerbit, dimana banyak kerja belakang tabir saya perlu laksanakan.

“Saya nak memerhatikan secara kesuluruhan dan saya juga terlibat dengan Famili Duo,” jelasnya.

Untuk info, Janna dan suami, Dini Schatzmann selamat diijab kabul pada 10 Jun lalu di Langkawi dalam sebuah majlis tertutup.

Pasangan itu seterusnya diraikan dalam majlis resepsi berlangsung di sebuah resort terkemuka di pulau tersebut.

 

 

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo 3: Janna Nick Sedia ‘Bakar Line’ Di Konsert Minggu Pertama – “Kita Hormat Kalau Mereka Tak Jawab Soalan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebagai Anak Yang Datang Dari ‘Broken Family’, Saya Boleh Relate” – Janna Nick ‘Terasa’ Apa Yang Jadi Pada Shila Amzah & Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet! Tular Video Dini Schatzmann Melamar Janna Nick Di Atas Hot Air Balloon, Netizen Komen: “Rezeki Dapat Pasangan Yang Hargai Sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Peminat ‘Geram’ Lihat Aksi Mesra Janna Nick & Dini Schatzmann – “Gedik Pun Dengan Laki Sendiri..Seronok Tengok”

Khairil Khusyairi