Salur Bantuan RM100,000 Buat Gaza, Netizen Puji Tindakan Khairul Aming – “Respek! Macam Ni Lah Bagus Tak Perlu ‘Fake Tears'”

Pempengaruh popular, Khairul Aming tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan hasil jualan produk Sambal Nyet miliknya sebanyak RM100, 000 ke Tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu penduduk di negara bergolak itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Khairul Aming dilihat menyeru rakyat Malaysia agar membantu dan menyumbangkan sedikit dana demi bantuan ubat-ubatan, bahan api, makanan dan peralatan penting yang digunakan untuk proses menyelamatkan mangsa.

“Hari ini kita salurkan RM100,000 daripada Sambal Nyet ke tabung cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di sana. Sumbangan ini datang daripada sokongan anda selama ini.

” Saya mahu menolong pihak CGM untuk penuhkan crowdfunding sebanyak RM10 juta yang diperlukan untuk bantuan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan search and rescue dan lain-lain lagi,” katanya.

 

Dalam pada itu, Khairul Aming juga berharap agar segala urusan penduduk Gaza dipermudahkan memandangkan tidak lama lagi bumi bergolak itu akan beralih kepada musim sejuk sekaligus  bantuan makanan dan pakaian tebal amat diperlukan.

Setakat ini, crowdfunding telahpun berjaya mengutip RM6 juta dari target asalnya iaitu sebanyak RM10 juta.

“Buat masa sekarang bantuan telah terkumpul sebanyak RM6 juta dan tak lama lagi bumi bergolak itu akan masuk musim sejuk. Jadi jom kita ajak ramai-ramai untuk penuhkan tabung ini,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respon terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang memuji dan menyifatkan Khairul Aming sebagai ‘angel’  diatas usahanya membantu penduduk di sana.

“Respect, tak perlu air mata palsu dan jual produk sendiri.

“Alhamdulillah. Moga makin murah rezeki.

“Terima kasih banyak brother, You are an angel.

“Inilah namanya ikon dan idola rakyat Malaysia.

“Hebat anak muda. More reason to buy Sambal Nyet lepas ni,” komen netizen.

Salma Syahbuddin