[VIDEO] “Nampak Sangat Kebahagiaan Terserlah” – Kongsi Momen Honeymoon, Mizz Nina & Suami Dipuji Sederhana

Usahawan dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina menjadi bualan ramai di media sosial selepas berkongsi momen menjalani bulan madu bersama suami tercinta, Essam Muhammad.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mizz Nina yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap memuat baik video menaiki motosikal di sekitar Rotterdam, Netherlands.

“Alhamdulillah.. suami saya telah menemui motosikal miliknya. Apakah perancangan kita pada hari ini?,” ujarnya.

Video tersebut telah disunting ke aplikasi TikTok meraih pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata mereka bersetuiu pasangan sejoli itu tampak sangat seiras terutamanya dari senyuman manis mereka.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut memuji pasangan suami isteri ini menjalani kehidupan yang sederhana dan minimalis meskipun masing-masing anak kepada orang berada.

Malah, ada juga yang memuji kesederhanaan Mizz Nina yang juga merupakan anak kepada orang kenamaan dengan gaya hidup minimalis itu.


Terdahulu, Mizz Nina dan Essam mengejutkan ramai apabila mengumumkan perkahwinan mereka kepada umum di Instagram pada 15 Jun lalu.

Menurut Mizz Nina, dia dan suaminya mendedikasikan kehidupan mereka untuk berdakwah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Hati Kita Terus Terbuka, Diisi Dengan Keimanan,” – Sweet! Essam Muhammad Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati, Mizz Nina

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif Dalam Bidang Kemanusiaan, Pendakwah, & Penyanyi Rap Terkenal AS… Ini Fakta Menarik Tentang Suami Mizz Nina, Essam Muhammad!

ARTIKEL BERKAITAN: Saling Melengkapi, Mizz Nina Sah Berkahwin Dengan Penyanyi Rap – “Kami Dedikasi Hidup Untuk Dakwah”

Sebelum ini, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun berpisah pada Ogos tahun lalu.

Mereka mempunyai seorang anak angkat bernama, Musa

Semasa artikel ini ditulis, video itu telahpun meraih sebanyak 460,000 tontonan, 22,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Aqilah Paharuzi