[VIDEO] Netizen Berdekah Memey Duduk Mengejut Atas Norman Hakim – “Dia Main Henyak Je.. Sampai Juling Mata”

Pasangan pelakon sejoli, Norman Hakim dan Memey Suhaiza mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan gelagat mereka yang telah menghiburkan ramai.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu, Norman dilihat sedang duduk di atas sofa bermain telefon lalu isteri tercintanya datang dan terus duduk di atasnya.

Apa yang menarik perhatian adalah reaksi wajah aktor berbadan sasa itu seakan terkejut sehingga juling mata meraih tumpuan di aplikasi TikTok.

“Dia main henyak je tak bagi Salam. Nasib baik sayang,” tulis Norman di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir daripada netizen yang sengaja mengulang video tersebut banyak kali kerana terhibur melihat reaksi Norman.

Sebelum ini, Norman menepis dakwaan mengambil steriod untuk membina badan sasanya itu.

Artikel Berkaitan: Berbadan Sasa, Norman Hakim Nafi Ambil Ubat Steroid

Semasa artikel ini ditulis video tersebut mendapat sebanyak 3 juta tontonan, 139,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Aqilah Paharuzi