[VIDEO] Netizen Puji Sharnaaz Ahmad ‘Sengaja’ Belanja Pelanggan Baju Melayu Percuma – “Murah Rezeki Mamu”

Tular sebuah video pelakon Sharnaaz Ahmad yang bermurah hati ‘belanja’ beberapa orang pelanggan di butik pakaian Raya.

Sedutan visual menunjukkan pelanggan memutarkan sebuah ‘spin wheel’ dan Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, sengaja menghentikan roda tersebut agar pelanggan mendapat hadiah yang tertera.

@bulanbintangclothingUntung eh semua, ramai yang mamu belanja tadi kat butik Bulan Bintang Ukay Boulevard 😤😝😭 Kena hapuskan lah spin the wheel ni, bahaya hahah

♬ original sound – Bulan Bintang HQ

Reaksi yang bersahaja itu mendapat sorakan ramai pelanggan di butik pakaian berkenaan kerana sikap Sharnaaz yang sengaja mahu semua pelanggan yang memutarkan ‘spin wheel’ itu membawa pulang hadiah.

Tidak kurang juga di ruangan komen, netizen memuji sikap Sharnaaz yang baik hati kerana tidak mengecewakan pelanggan yang hadir.

“Murah rezeki Mamu.

“Ini baru betul, dah alang alang nak bagi hadiah, bagi je semua.

“Mamu collect payment nanti tengok banyak kena potong,” tulis netizen di ruangan komen.

Difahamkan, kehadiran Sharnaaz ke butik itu adalah untuk mempromosikan baju Raya kerana dia merupakan salah seorang duta kepada jenama pakaian Bulan Bintang.

Izzi Farhana