Syada Amzah Buat Surat Terbuka Untuk ND Lala – “Tiada Lagi Foto Ayah Mulai Hari Ini”

Penyanyi Syada Amzah tampil membuat surat terbuka kepada bapanya, Datuk ND Lala yang dikhabarkan tidak dapat dihubungi semenjak isunya berkahwin lain menjadi bualan.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Syada menerusi sebuah hantaran di Instagram, tadi.

Menurut Syada, mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang akses untuk berhubung dengan bapanya itu.

“Kepada ayah, tiada lagi foto ayah mulai hari ini. Surat terbuka ini dibuat kerana tiada sesiapa mempunyai akses untuk bercakap dengan ayah.

“Pertama sekali, Selamat Hari Lahir yang ke-62. Terima kasih atas segala pengorbanan ayah untuk membesarkan kami berempat,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Syada yang juga adik kepada Shila Amzah menyatakan mereka sudah menerima hakikat sekiranya bapanya itu tidak memerlukan mereka lagi.

“Bagi pihak satu-satunya adik beradik yang saya tahu (kakak, shafiq, syahir & saya) kami telah menerima hakikat bahawa apabila ayah memilih untuk pergi, sekali lagi, ayah tidak memilih kami.

“Kami tahu semuanya sudah lama tetapi semuanya jelas sekarang. Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih. Selamat Hari Raya in Advance,” katanya.

Hasil tinjauan XTRA, surat terbuka itu turut menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikut dan rakan artis yang tampil memberikan semangat kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Betapa Sulitnya Jadi Sekuat Aku” – Kongsi Luahan Hati, Hantaran Isteri ND Lala Curi Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ND Lala Akhirnya Fail Cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Seakan Sahkan Spekulasi Krisis Rumah Tangga, Isteri ND Lala Dedah Wajah Penyondol Di Instagram?

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Perkara Lama Yang Dirindukan, Tapi Tak Dapat Berulang Kembali” – Status Isteri ND Lala Cetus Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Disondol Rakan Baik? Shila Amzah Kekal Kunci Mulut, Mohon Beri Masa & Ruang

Fatin Nurain