[VIDEO] Netizen Puji Tindak Balas Johan As’ari Yang Hampir Terpeluk Afifah Nasir -“Masih Tetap Jaga Batas…”

Pelakon cantik, Afifah Nasir telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan kompilasi Johan As’ari yang hampir memeluknya setiap kali mereka meraikan kejayaan mereka di sebuah progam nyanyian.

Video itu dikongsi menerusi akaun TikTok Afifah sendiri.

@afifahnasir_93 Dua kali @johanarrif_asari lupa I PEREMPUAN! Hahahahaha ! #teamaepul #miconselebriti ♬ original sound – Afifah nasir

“Dua kali @johanarrif_asari lupa I perempuan,” tulis Afifah di kapsyen.

Menerusi video tersebut, Afifah mendedahkan bahawa Johan pernah hampir memeluknya sebanyak dua kali kerana lupa bahawa Afifah merupakan seorang perempuan.

Tindakan Johan yang bertindak balas menarik tangannya dengan cepat apabila tersalah peluk itu telah mendapat pujian netizen di ruangan komen.

“Nampak tak betapa tinggi martabat seorang perempuan sebenarnya. Punya cuak muka dia terpegang member perempuan tu

“Tapi okay lah dia perasan cepat-cepat dia lepaskan masih tetap jaga batas dia. Terbaik,” tulis netizen.

Difahamkan, Afifah dan Johan merupakan peserta rancangan nyanyian di sebuah stesen televisyen dan menerusi video terbabit, mereka berdua telah berganding bahu untuk membuat persembahan tugasan minggu itu dan turut disertai oleh Namie.Pelakon cantik, Afifah Nasir telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan kompilasi Johan As’ari yang hampir memeluknya setiap kali mereka meraikan kejayaan mereka di sebuah progam nyanyian.

Video itu dikongsi menerusi akaun TikTok Afifah sendiri.

“Dua kali @johanarrif_asari lupa I perempuan,” tulis Afifah di kapsyen.

Menerusi video tersebut, Afifah mendedahkan bahawa Johan pernah hampir memeluknya sebanyak dua kali kerana lupa bahawa Afifah merupakan seorang perempuan.

Tindakan Johan yang bertindak balas menarik tangannya dengan cepat apabila tersalah peluk itu telah mendapat pujian netizen di ruangan komen.

“Nampak tak betapa tinggi martabat seorang perempuan sebenarnya. Punya cuak muka dia terpegang member perempuan tu

“Tapi okay lah dia perasan cepat-cepat dia lepaskan masih tetap jaga batas dia. Terbaik,” tulis netizen.

Difahamkan, Afifah dan Johan merupakan peserta rancangan nyanyian di sebuah stesen televisyen dan menerusi video terbabit, mereka berdua telah berganding bahu untuk membuat persembahan tugasan minggu itu dan turut disertai oleh Namie.

Izzi Farhana