Mawar Rashid Akhirnya Jumpa Adik Kandung Selepas 23 Tahun Hilang – “Selama Ni Feeling Anak Bongsu”

Selepas 23 tahun lamanya, pelakon Mawar Rashid akhirnya bertemu jua dengan adik kandungnya yang dikenali sebagai Aireen.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, berkata dia tak mampu gambarkan perasaan setelah bertentang mata dengan adik kandungnya itu.

“Selepas 23 tahun, ini lah pertama kali jumpa adik kandung Mawar. Dapat peluk, dapat bercakap, dapat kenal dengan lebih dekat lagi.

“1001 perasaan yang tak dapat digambarkan dengan perkataan. Rasa terharu, rindu, kasih dan cinta sangat kat adik Mawar ni.

“Lebih-lebih lagi bila adik Mawar ni muka dia persis dan mirip sangat seperti arwah papa Mawar. Rindu sangat kat arwah Papa,” kongsinya teruja

Mawar turut berkongsi bahawa Aireen adalah merupakan adik sebapa tetapi berlainan ibu sejak berpisah ketika  kecil.

“Aireen ada sorang lagi adik perempuan. Jadi kira Mawar ada lagi dua orang lah adik kandung perempuan.

“Selama ini duk fefeling anak bongsu, tapi sebenarnya I ada adik lagi. Sekarang, Alhamdulillah dapat jumpa betul-betul adik kandung.

“Arwah papa Mawar ada tiga isteri. Mommy Mawar yang kedua. Tapi Mawar tak pernah jumpa adik beradik Mawar dari isteri ketiga tu. Mungkin pernah jumpa, tapi lupa sebab masa tu sangat kecil, umur Mawar 5 tahun.

“Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa Mawar bila berjumpa dengan Aireen” tulisnya lagi.

Khairil Khusyairi