Categories: SelebritiTrending

“Jangan Haramkan Sebelum Tahu Cerita Sebenar” – Watak Filem ‘Mat Tudung Begins’ Dipertikai, Fizz Fairuz Balas Kenyataan PU Syed

Pelakon Datuk Fizz Fairuz tampil memberi respons selepas pendakwah bebas, PU Syed menegur filem arahannya yang berjudul ‘Mat Tudung Begins’.

Isu itu timbul apabila watak yang ditonjolkan dalam filem itu adalah seorang lelaki namun berpakaian seperti wanita.

Artikel Berkaitan: PU Syed Pertikai Filem ‘Mat Tudung Begins’ Arahan Fizz Fairuz – “Tak Ada Idea Lebih Baik? Lelaki Menyerupai Wanita Dilarang…”

Tidak cepat melatah, Fizz memuat naik keratan sebuah artikel yang memaparkan pendakwah itu memberi teguran kepadanya dan membalas kenyataan tersebut.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Stories (IGS), Fizz menzahirkan terima kasih atas teguran tersebut namun menyangkal kenyataan pendakwah itu.

“Terima kasih Syed… tapi kenyataan itu salah. Saya bukan hari-hari jadi wanita,” katanya.

Malah, Fizz juga memohon untuk tidak menjatuhkan hukum sebelum tahu cerita sebenar.

“Itu kan cerita. Jangan haramkan dulu sebelum tahu cerita sebenar. Okay,” tulisnya lagi.

Atiqah Johari