[VIDEO] Nilai Mata Wang Ringgit Semakin Merosot, Azhar Sulaiman Beri Nasihat Untuk ‘Survive’ Di Luar Negara- “Jangan Malu Kerja Basuh Pinggan, Waiter”

Pelakon, Azhar Sulaiman meluahkan rasa risau terhadap rakyat Malaysia yang sedang menimba ilmu di luar negara terutamanya di United Kingdom.

Menerusi sebuah video, Azhar berkata nilai mata wang ringgit Malaysia semakin merosot berbanding nilai USD dan pound.

Justeri itu, Azhar memohon mereka yang berada di negara tersebut untuk hidupkan ‘survival mode’ dengan melakuka kerja-kerja sambilan.

“Kepada yang berada di luar negara terutamanya United Kingdom, untuk keluarga, saudara-mara, anak-anak saya… Sekarang nilai mata wang Malaysia versus usdm pound, ringgit dah jatuh teruk dah..

“What you guys have to do? Please activate your survival mode. Macam saya dulu, last time masa saya famous sebagai pelakon sekalipun, pergi UK kerja basuh pinggan, jadi waiter semua.

“Saya letak tepi rasa malu tu ketepi demi survival. Be realistik, jangan malu nak kerja jadi waiter, mcd whatsoever. Try and learn to survive,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat peribadi Azhar itu.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 177,000 tontonan, 13,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Aqilah Paharuzi