[VIDEO] Dikritik Pakai Baju Crop Top Nampak Perut, Netizen Backup Fasha Sandha – “Dia Pakai Inner Warna Kulit”

Pelakon jelita, Fasha Sandha menerima kritikan segelintir pihak selepas berkongsi sebuah video menari di aplikasi TikTok.

Video tersebut memaparkan aktres drama rantaian Rampas Cintaku itu memakai baju lengan panjang pendek jenis crop top jelas menunjukkan pinggangnya yang ramping sehingga telah menarik perhatian segelintir pihak.

Di ruangan kapsyen, video yang dimuat naik oleh produk Inayah Beauty ini berkata penampilan Fasha adalah seperti filem Evolusi KL Drift.

“Throwback sikit dress up ala-ala Evolusi KL Drift… Menjadi tak? Hihi baru confident,” tulisnya.

Meskipun ramai mengkritik penampillanya kini seksi setelah kurus, namun terdapat beberapa pihak yang tampil mempertahankan Fasha.

Menurut netizen, Fasha memakai inner berwarna kulit, namun ada pula netizen yang membantah komen tersebut dengan berkata menyerupai bentuk badan juga salah.

“Maaf nak tegur, walaupun pakai inner berwarna kulit, tapi dai dah menyerupai. Tetap haram, menimbulkan fitnah,” kata netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 296,000 tontonan, lebih 3,000 tanda suka dan 200 komen.

Aqilah Paharuzi