Categories: SelebritiTrending

Dituduh Acah Baik, Individu Dakwa Tya Arifin & Asyraf Khalid Biadab Dengan Staf Hotel?

Nama pelakon dan usahawan, Tya Ariffin dan suaminya, Asyraf Khalid tiba-tiba menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna Twitter.

Menerusi satu ciapan seorang pengguna, individu itu mendakwa pasangan suami isteri ini berbuat baik hanya sekadar lakonan.

Malah, dia turut mendakwa mereka berlaku biadap dengan staf hotel dan menyatakan semua staf hotel di Malaysia masak dengan kelakuan Tya dan Asyraf.

“Satu couple propa. Semua staff hotel Malaysia tau perangai diorang ni macam mana. Kat sosmed acah-acah baik, alim.

“Dengan staff hotel rude nak mati. Bini sama, laki pun sama,” ciapnya.

Sementara itu, individu itu juga menyatakan bahawa pasangan suami isteri ini lebih ‘over’ berbanding ibu dan ibu mentua mereka, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“CTDK ok jer, friendly lagi. Mamat ni dengan bini dia over pulak,” katanya lagi.

Atiqah Johari