Melebarkan Sayap, Nadhir Nasar Jadi Director MV Malam Pagi Raih Pujian!

Pelakon Nadhir Nasar tampil dengan karya terbaharunya iaitu menjadi pengarah untuk muzik video (MV) lagu Malam Pagi nyanyian Saixse dan MK-Clique.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, hasil kerjanya itu merupakan antara caranya ingin menyampaikan sebuah cerita.

“Just another storyteller trying to tell a story. Some bts from my recent directing work for Saixse & MK-Clique Malam Pagi Remix MV. Dropping soon, direct by yours truly,” ujarnya.

Pada Selasa, MV lagu ini telah dimuat naik di platform Youtube dan meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berbangga dengan video arahan Nadhir.

“Congrats Nadhir Nasar. Proud of you.

“Congrats Nadhir for your hard work.

“The hell! The MV was so damn good tho! Congrats Nadhir on your hard work,” komen netizen.

Turut tampil di dalam MV tersebut ialah Fadhli Masoot, Fiza Thomas, Julia A.Batrisyia dan Iskandar.

Untuk rekod, Nadhir pernah mengarah sebuah filem pendek berjudul Villa Rosly dan berjaya dicalonkan antara 10 karya terbaik dalam acara BMW Shorties 2022.

Maya Basir