[VIDEO] Norreen Kena Scam Ketika Bercuti Di Hatyai

Pelakon Norreen mendedahkan dia telah ditipu dengan seorang lelaki yang menguruskan pakej percutian ketika bercuti di Hatyai bersama keluarganya.

Menerusi perkongsian di TikTok @Norreen143, Norreen atau nama sebenar Norreen Iman Abdullah cuba menyelesaikan isu duit yang didakwa telah dilarikan.

Namun, kesabarannya hilang selepas lelaki tersebut masih cuba menafikan dan memutar belit cerita yang sebenar.

“Dari petang sampai ke malam cakap elok-elok mana duit tu pergi, sekarang baru kita naik angin betul.

“Aku bawa anak-anak aku tau. Kau jangan main-main dengan aku tau, aku bawa mak aku tau,” katanya,” katanya.

@norreen143_♬ original sound – Norreen143

Di dalam video tersebut, Norreen terpaksa menanggung sebanyak RM5,000 untuk pengangkutan pulang ke Malaysia walaupun sudah membayar penuh pakej percutian itu.

“Sebab aku dah nampak gaya macam kami yang kena bayar duit bas ni. Lima ribu, kau buat apa dengan duit tu?,” ujarnya.

Namun, setelah didesak, lelaki tersebut mendedahkan wang tersebut telah dipindahkan ke individu berstatus ‘Datuk’.

Menurut Norreen, bayaran tersebut ditanggung ibu kepada lelaki itu tetapi dia tetap akan akan membuat laporan polis disebabkan butiran peribadinya ada pada individu tersebut yang dimana boleh disalahgunakan.

“Even dia settle dah the payment on last day, instead of kami yang bayar, ibu dia yang tolong bayarkan as what he mentioned lah.

“Saya akan teruskan dengan laporan polis kerana butiran peribadi kami ada pada dia. Dia sering menggunakan nama orang lain untuk meyakinkan orang lain pula la gitu,” katanya.Pelakon Norreen mendedahkan dia telah ditipu dengan seorang lelaki yang menguruskan pakej percutian ketika bercuti di Hatyai bersama keluarganya.

Menerusi perkongsian di TikTok @Norreen143, Norreen atau nama sebenar Norreen Iman Abdullah cuba menyelesaikan isu duit yang didakwa telah dilarikan.

Namun, kesabarannya hilang selepas lelaki tersebut masih cuba menafikan dan memutar belit cerita yang sebenar.

“Dari petang sampai ke malam cakap elok-elok mana duit tu pergi, sekarang baru kita naik angin betul.

“Aku bawa anak-anak aku tau. Kau jangan main-main dengan aku tau, aku bawa mak aku tau,” katanya,” katanya.

Di dalam video tersebut, Norreen terpaksa menanggung sebanyak RM5,000 untuk pengangkutan pulang ke Malaysia walaupun sudah membayar penuh pakej percutian itu.

“Sebab aku dah nampak gaya macam kami yang kena bayar duit bas ni. Lima ribu, kau buat apa dengan duit tu?,” ujarnya.

Namun, setelah didesak, lelaki tersebut mendedahkan wang tersebut telah dipindahkan ke individu berstatus ‘Datuk’.

Menurut Norreen, bayaran tersebut ditanggung ibu kepada lelaki itu tetapi dia tetap akan akan membuat laporan polis disebabkan butiran peribadinya ada pada individu tersebut yang dimana boleh disalahgunakan.

“Even dia settle dah the payment on last day, instead of kami yang bayar, ibu dia yang tolong bayarkan as what he mentioned lah.

“Saya akan teruskan dengan laporan polis kerana butiran peribadi kami ada pada dia. Dia sering menggunakan nama orang lain untuk meyakinkan orang lain pula la gitu,” katanya.

Maya Basir