Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 26, 2022 @ 11:26pm

[VIDEO] Norreen Kena Scam Ketika Bercuti Di Hatyai

Pelakon Norreen mendedahkan dia telah ditipu dengan seorang lelaki yang menguruskan pakej percutian ketika bercuti di Hatyai bersama keluarganya.

Menerusi perkongsian di TikTok @Norreen143, Norreen atau nama sebenar Norreen Iman Abdullah cuba menyelesaikan isu duit yang didakwa telah dilarikan.

Namun, kesabarannya hilang selepas lelaki tersebut masih cuba menafikan dan memutar belit cerita yang sebenar.

“Dari petang sampai ke malam cakap elok-elok mana duit tu pergi, sekarang baru kita naik angin betul.

“Aku bawa anak-anak aku tau. Kau jangan main-main dengan aku tau, aku bawa mak aku tau,” katanya,” katanya.

@norreen143_♬ original sound – Norreen143

Di dalam video tersebut, Norreen terpaksa menanggung sebanyak RM5,000 untuk pengangkutan pulang ke Malaysia walaupun sudah membayar penuh pakej percutian itu.

“Sebab aku dah nampak gaya macam kami yang kena bayar duit bas ni. Lima ribu, kau buat apa dengan duit tu?,” ujarnya.

Namun, setelah didesak, lelaki tersebut mendedahkan wang tersebut telah dipindahkan ke individu berstatus ‘Datuk’.

Menurut Norreen, bayaran tersebut ditanggung ibu kepada lelaki itu tetapi dia tetap akan akan membuat laporan polis disebabkan butiran peribadinya ada pada individu tersebut yang dimana boleh disalahgunakan.

“Even dia settle dah the payment on last day, instead of kami yang bayar, ibu dia yang tolong bayarkan as what he mentioned lah.

“Saya akan teruskan dengan laporan polis kerana butiran peribadi kami ada pada dia. Dia sering menggunakan nama orang lain untuk meyakinkan orang lain pula la gitu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 6 May 2018

Mahu Habiskan Masa Berdua Lebih Lama, Punca Mawar Belum Berbadan Dua

Namun, selepas 6 bulan usia perkahwinan pasangan ini, ramai yang bertanya agaknya bilakah Mawar dan Raf bersedia mahu menimang cahaya mata? Mana taknya, kedua-duanya pun kelihatan gembira dan sangat serasi bukan?

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Pergh! Tak Sangka Suara Fatin Afeefa Power Macam Ni

Tak sangka suara Fatin Afeefa sedap macam ni?

Events Sat, 29 Feb 2020

Ini Reaksi Bapa Ashraf Saat BCL Tampil Di atas Pentas

Mungkin ini juga antara sumber kekuatan BCL untuk terus kuat

Hiburan Thu, 9 May 2019

三个女人一个墟!三大亚洲天后齐聚云顶大抛笑弹

叶丽仪、陈洁灵及玛利亚三位亚洲天后齐聚云顶,将于8月10日带来一个疯狂搞笑的音乐盛宴!

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Drama Fri, 24 Oct 2025

Adam Lee Tersentak Bertemu ‘Ayah’ Di Sarang Pelacuran Dalam ‘Bintang Di Langit Syawal’

‘Bintang Di Langit Syawal’ sebuah karya penuh emosi yang mengangkat tema kasih sayang, konflik keluarga dan pencarian identiti diri.

Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Siti Nurhaliza Rawat Vokal Bersama Syafinaz Selamat 

Queen dengan Queen 🤩🤩🤩 Insya-Allah, moga vokal TokTi kembali pulih seperti selalu, Amin.. 🤩

error: Content is protected !!