Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 23, 2023 @ 12:03pm

[VIDEO] Siti Nurhaliza Rawat Vokal Bersama Syafinaz Selamat 

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi beberapa video di Instagram Story miliknya yang dikhabarkan akan menjalani rawatan untuk vokalnya.

Menerusi video tersebut, Siti berkata proses memulihkan suaranya akan dibantu oleh guru vokal terkenal dan penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat.

“Hari ini kita sesi bersama Datuk Syafinaz, bawa saya pergi hospital dulu cek vokal apa masalah saya tak baik. Thank you for your time Datuk,” katanya dalam video tersebut.

 

Berdasarkan video lain, Siti berkongsi menggunakan ‘sinus rinse’ sebagai salah satu cara untuk membersihkan kawasan hidung.

 

“Saya rasa ramai yang ada masalah selepas Covid-19 macam saya kena buat sinus rinse ni untuk kesihatan hidung dan mulut. Tak ada masalah pun sesekali kena buat juga… Lepas buat rasa rongga hidung ni clean dan clear,” tulisnya.

 

Sebelum ini, pelantun lagu Cindai ini pernah mendedahkan berdepan masalah pernafasan pendek selepas dijangkiti Covid-19 sekitar tahun lalu.

Susulan itu, Siti berusaha untuk merawat vokalnya semula yang terjejas terutamanya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi.

Artikel Berkaitan: “Paru-Paru Tak Kuat Nak Capai Suara” – Alami Masalah Nafas Pendek, Siti Nurhaliza Akui Kualiti Nyanyian Terganggu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik… Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur.

Featured Mon, 12 Nov 2018
Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Nabila Razali Dedah Dihujani Kritikan Negatif, Akui Ingat Akaun Individu Komen Melampau – “Boleh Memaafkan, Tetapi Bukan Melupakan”

Nabila Razali akui perdebatan yang semakin tidak terkawal itu telah membuka ruang kepada netizen untuk kembali mengungkit kisah silamnya

Hiburan Mon, 5 Jan 2026

“Cukup Tiga Tahun Berdiam Diri” – Intan Najuwa Tuntut RM1.3 Juta, Seru Rizman Ruzaini Patuhi Perintah Mahkamah

Pihak Rizman Ruzaini diarahkan membayar RM1,300,000 kepada Intan Najuwa dan suami pada atau sebelum 15 Januari 2026

Trending Wed, 27 Mar 2024

Pesan Tanpa Was-Was Dengan bekal by foodpanda, JAKIM Sahkan Halal!

Dalam diam, rupa-rupanya masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tertanya-tanya tentang servis bekal by foodpanda. Banyak betul persoalan yang diutarakan tentang status bekal by foodpanda antaranya; bekal by foodpanda tu, halal tak? Semua restoran […]

Hiburan Mon, 10 Mar 2025
Hiburan Sun, 11 Nov 2018

10 Filem Melayu Dengan Kutipan Terendah Sejak Ditayangkan

Mungkin bukan kerana kualiti filem itu sendiri, namun masing-masing menampilkan kelebihan tersendiri. 

Featured Mon, 25 May 2026

Tabung Bantuan Cecah RM164,775… Aznil Nawawi Umum Tutup Kutipan Derma Untuk Anak Amyza Aznan

Aznil berkata, akaun bantuan tersebut akan ditutup tepat jam 12 tengah hari sebelum semua wang dipindahkan ke akaun milik Amyza.

Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Fri, 12 Jun 2026

The Vocket Lancar Euforia Bola, Hab Digital Baharu Buat Peminat Bola Sepak

The Vocket melancarkan Euforia Bola, sebuah platform digital khas yang diwujudkan bagi menghimpunkan pelbagai kandungan menarik sepanjang kejohanan bola sepak terbesar dunia.

error: Content is protected !!