Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 25, 2026 @ 2:45pm

Tabung Bantuan Cecah RM164,775… Aznil Nawawi Umum Tutup Kutipan Derma Untuk Anak Amyza Aznan

Selebriti popular, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil memaklumkan, tabung bantuan bagi mengutip dana buat anak kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam kini mencecah RM164,775 hasil sumbangan dan keprihatinan rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian di Threads, Aznil bagaimanapun berkata, akaun bantuan tersebut akan ditutup tepat jam 12 tengah hari sebelum semua wang dipindahkan ke akaun milik Amyza.

“Salam semua, saya akan tutup akaun bantuan Adrian & Amyza ini tepat pukul 12 tengah hari.

“Saya akan transfer semua wang ini ke akaun Amyza. Terima kasih semua,” katanya.

Jelasnya, urusan pemindahan wang hanya dapat dilakukan hari ini memandangkan bank tidak beroperasi pada hujung minggu lalu.

“Disebabkan Sabtu dan Ahad lalu bank tak buka, baru sekarang Paknil boleh ke kaunter bank untuk uruskan pindahan wang. Terima kasih pada yang percaya pada saya. Yang ingin sedekah ada sedikit masa lagi.

“Ya, Paknil ada kata tabung dibuka seminggu tapi tak ssngka kemurahan hati rakyat Malaysia luar dugaan. Terima kasih sekali lagi,” ujarnya.

Terdahulu, pengacara versatile itu menjelaskan, inisiatif itu dibuat bertujuan untuk membantu kos perbelanjaan dan perubatan masalah kesihatan yang dialami Adrian Adam yang kini berdepan penyakit kanser tulang.

Artikel Berkaitan:Aznil Nawawi Buka Tabung Kutip Dana Buat Adrian Adam – “100 Peratus Bertujuan Untuk Perubatan & Saraan”

Artikel Berkaitan:Aznil Nawawi Sedekah RM3,000 Bantu Pendengar Kool FM, Ramai Menangis Dengar Perkongsian Wanita Buntu Cari Duit Menjelang Syawal

Artikel Berkaitan:Isu Artis Tunai Solat Dipersoal, Aznil Nawawi Tampil Perjelas Elak Fitnah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 14 Jul 2025

Pesta Durian Terbesar Di Malaysia Catat Malaysia Book of Records

Pesta durian terbesar Malaysia catat sejarah penyertaan teramai & paling besar.

Hiburan Thu, 19 Jun 2025

Suami Miera Leyana Didakwa Muflis, Tak Boleh Keluar Negara?

Suami Miera Leyana didakwa muflis dan tak boleh keluar negara

Trending Sun, 4 Jul 2021
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Anak Jackie Chan Merempat Bawah Jambatan?

“Jadi itulah sebabnya kami membuat video itu kerana kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan buat masa sekarang. Apa yang saya tahu ialah cinta kami sangat kuat tetapi kami sangat terdesak, tiada siapa di antara keluarga, sahabat atau perkhidmatan kerajaan datang menghulurkan bantuan,” jelas Ng.

Trending Fri, 11 Dec 2020

1.4 Juta PKS Dapat Manfaat Bantuan Langsung

Teguh kita, menang bersama!

Events Wed, 26 Feb 2025

Drama Meruntun Jiwa! Pertarungan Ummi Nazeera Tuntut Kebahagiaan

Drama 15 episod ini pastinya akan memberi kesan dihati penonton.

Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Mikayla Delisha Hakim Nama Puteri Norman & Memey

Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram

error: Content is protected !!