Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 9, 2021 @ 10:00am

PM Umum Tindakan Kawal Penularan Covid-19 Isnin Ini – Ismail Sabri

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa memantau situasi semasa dan membincangkan pendekatan serta langkah terbaik mengawal penularan Covid-19.

Dan kerajaan kini sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes Covid-19 yang mencecah empat angka sejak kebelakangan ini.

Kerajaan akan ambil tindakan segera

Tambahnya, kerajaan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu diambil segera termasuk mempertimbangkan SOP lebih ketat .

Ia juga membabitkan sektor sosial  terutamanya bagi mengurangkan pergerakan sekali gus mengurangkan jangkitan wabak berkenaan.

Pengumuman khas PM

Ismail Sabri juga memaklumkan, satu pengumuman akan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin ini bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Dan, kerajaan juga mendengar keluhan serta cadangan rakyat  serta dan memahami beban tugas petugas kesihatan berikutan peningkatan kes mendadak terutamanya di negeri-negeri yang sedang mengalami banjir.

Justeru itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Jun 2024
Trending Sun, 1 Aug 2021

Gemar Bungkus Makanan Berlebihan & Berjimat Cermat, Elisya Sandha Dipanggil ‘Minah Tapau’

Dek kerana sikapnya yang gemar membungkus makanan berlebihan dan berjimat cermat, pelakon Elisya Sandha mendapat gelaran ‘Minah Tapau’. Tapi, jangan salah sangka, itu hanyalah watak yang dibawakan oleh Elisya dalam drama bersiri terbaru slot Lestary […]

Featured Fri, 17 Jun 2022

Kes Kematian Faziani Rohban ‘Diragui’, Keluarga Minta Buka Semula Siasatan Lanjut

Alamak unsur apa yang diragukan tu? 😥Semoga kes dapat dirungkaikan dengan cepat dan keluarga Allahyarham dapat menuntut keadilan yang sewajarnya ❤️

Trending Sat, 4 May 2019

#SetulusIkhlas: 5 Kisah Menyentuh Hati Ini Pasti Buat Air Mata Korang Bergenang

Lebih sayu, lelaki tua yang dikenali dengan nama Pak Cik Zainal ini  hanya bertongkat namun semangat kental dan kegigihannya mencari rezeki menjual minyak attar dengan harga RM 1.50.

Hiburan Sun, 11 Aug 2024
error: Content is protected !!