Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 18, 2023 @ 4:20pm

“Kalau Nak Bersama Isteri Kedua Pergilah, Jangan Kurangkan Nafkah Anak” – Puteri Sarah Liyana

Selepas gagal mencapai kata sepakat untuk berpisah secara damai, pelakon Puteri Sarah tegas menyatakan dirinya tetap akan terus perjuangkan haknya bersama anak-anak.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Sarah ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi proses perceraiannya bersama suaminya, Syamsul Yusof, hari ini.

Terdahulu, Syamsul dikhabarkan enggan menceraikan isteri pertamanya itu selepas memintanya untuk mengurangkan kadar tuntutan nafkah dan menarik semula kes pertuduhan terhadap keluarga isteri keduanya, Ira Kazar.

Namun, Sarah menegaskan bahawa dirinya tidak akan menarik semula kes tersebut demi mempertahankan haknya bersama anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Summayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Enggan Cerai Puteri Sarah, Gagal Capai Persetujuan

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Enggan Kurangkan Jumlah Tuntutan Nafkah & Gugurkan Kes Injunksi Terhadap Keluarga Ira Kazar

Menurut Sarah, tuntutan yang dibuat terhadap suaminya itu tidak keterlaluan, malah Syamsul juga mampu untuk membayarnya.

Bukan itu sahaja, Sarah juga menyatakan dia sudah berbincang dengan ibu bapanya termasuk keluarga mertuanya terlebih dahulu berkenaan tuntutan nafkah yang tidak melebihi RM1 juta.

“Soal tuntutan, saya sudah berbincang dengan ibu bapa mentua, mereka juga bersetuju dengan tuntutan, tiada masalah.

“Apa-apa saya akan berbincang dengan ibu bapa saya dan mentua. Mereka bersetuju, malah mengatakan tuntutan saya hanya sedikit.

“Tetapi, saya tidak mahu minta banyak pun. Saya minta apa yang dirasakan munasabah. Dan saya tak minta bayar sekali gus, sebaliknya ansur-ansur secara bulanan,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon itu juga tetap bertegas untuk terus berjuang demi menuntut hak kedua-dua cahaya matanya itu.

“Syamsul pernah berjanji jika ada rezeki nak bagi rumah. Sebab tempat tinggal anak-anak kena sediakan, tetapi itu pun tiba-tiba tak mahu bagi.

“Seperti yang saya katakan, kalau nak bersama isteri kedua, pergilah, tetapi nafkah anak-anak janganlah kurangkan,” katanya.

Susulan penangguhan perceraian tersebut, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan bahawa prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Syamsul Yusof Perjelas Punca Tak Jadi Cerai & Tuntutan Diskaun Nafkah Antara Puteri Sarah – “Jangan Tengok Sebelah Pihak Sahaja”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

‘Saya Ada Jemput Dia’- Awi Rafael Bakal Bekerjasama Dengan Bekas Tunang

“Saya sudah lama menerima hakikat bahawa mungkin kami ditakdirkan lebih serasi sebagai sahabat”.

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sah! KRU Umum Bubar, Konsert Terakhir 6 Mei

Terima kasih kepada semua peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun. Alahai, nampaknya lepas 6 Mei ini kita tak dapat lagi melihat KRU beraksi di pentas lagi.

Hiburan Wed, 18 Oct 2023

PU Abu Beri Bayangan Rumah Tangga Dengan 2 Isteri Bergolak?

Semoga semua urusan PU Abu dan isteri-isterinya dipermudahkan 🤲

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Kami Masih Mencuba Mungkin Bukan Rezeki Kami Lagi

“Kami sentiasa mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam rumah tangga kami. Namun dalam masa yang sama saya percaya dengan ketentuan Allah.

Trending Hari Ini Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Wed, 18 May 2022

“Saya Memang Bertudung” – Pakai Wig, Normah Damanhuri Tak Mahu Rambut Sendiri Terdedah

Normah Damanhuri mengenakan wig untuk tidak mendedahkan rambutnya sendiri.

Featured Wed, 21 Sep 2022
Featured Wed, 27 Oct 2021

Pecahkan Cermin 12 Kereta, Bekas Pesakit Mental Ditahan

Polis telah menahan seorang lelaki yang merupakan bekas sakit mental selepas memecahkan cermin 12 buah kereta di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, semalam. Memetik laporan daripada Utusan, lelaki berusia 39 tahun itu menghayunkan sebatang besi […]

error: Content is protected !!