[VIDEO] Nostalgia! Tular Kembali Persembahan Waheeda Nyanyi Lagu Wassini Di AJL – “Legend Lagu Ni”

Pernah menjadi fenomena dahulu, siapa sahaja tidak mengenali dengan penyanyi Waheeda yang muncul juara kategori Irama Malaysia melalui lagu Wassini  pada Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2003.

Terbaharu, tular kembali sebuah rakaman video yang memaparkan persembahan Waheeda di pentas AJL ke-18 sehingga mendapat perhatian warganet.

Ternyata video tersebut berjaya mencuri tumpuan dimana rata-rata warganet terubat rindu apabila melihat persembahan yang cukup ikonik itu.

Malah, ramai juga mengimbau kembali fenomena lagu Wassini ketika meledak industri muzik tanah air pada tahun 2003.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 600,000 tontonan dan 45,000 tanda suka.

Kini, Waheeda atau nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab bergiat aktif di belakang tabir kerana lebih selesa bekerja di bidang seni sebagai penerbit dan komposer lagu.

Antara kejayaan lain, Waheeda turut merangkul anugerah dalam kategori Album Pop Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 2008.

Khairil Khusyairi