[VIDEO] Nyanyian Hafiz Suip Masih Berbisa, Buat Netizen Rindu- “Macam Mamat Exist….”

Penyanyi Hafiz Suip mengubati rindu peminat dengan berkongsi sebuah video nyanyiannya di laman TikTok.

Video tersebut dikongsi oleh Hafiz sendiri di akaun TikTok miliknya.

@hafizsuip90 Mengapa perpisahan yang kau pinta – cover by Hafizsuip#hafizsuipjourney #coverbyhafizsuip #coverlagu ♬ original sound – hafizsuip90

Menerusi video tersebut, Hafiz menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta daripada Flybaits dan telah memukau mata netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji suara Hafiz yang merdu dan masih berbisa serta menyamakan penampilannya dengan penyanyi otai iaitu Mamat Exist.

“Sekali pandang macam Mamat Exist pun ada

“Kenapa muka macam Mamat Exist ni?

“Part dia sebut ‘titisan’ tu sebiji macam Flybaits. Menggamit memori betul

“Kenapa dia kurang masuk TV padahal suara paling best artis Malaysia setakat ni,” tulis netizen di ruangan komen.

Hafiz juga sering dilihat berkongsi gambarnya melalui laman media sosial Instagram melakukan hobinya iaitu memancing dan netizen mengkaitkan penampilannya itu terjadi hasil daripada hobi yang dilakukan.

Untuk rekod, Hafiz pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu sebanyak dua kali dan meraih trofi Vokal Terbaik sebanyak empat kali.Penyanyi Hafiz Suip mengubati rindu peminat dengan berkongsi sebuah video nyanyiannya di laman TikTok.

Video tersebut dikongsi oleh Hafiz sendiri di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, Hafiz menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta daripada Flybaits dan telah memukau mata netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji suara Hafiz yang merdu dan masih berbisa serta menyamakan penampilannya dengan penyanyi otai iaitu Mamat Exist.

“Sekali pandang macam Mamat Exist pun ada

“Kenapa muka macam Mamat Exist ni?

“Part dia sebut ‘titisan’ tu sebiji macam Flybaits. Menggamit memori betul

“Kenapa dia kurang masuk TV padahal suara paling best artis Malaysia setakat ni,” tulis netizen di ruangan komen.

Hafiz juga sering dilihat berkongsi gambarnya melalui laman media sosial Instagram melakukan hobinya iaitu memancing dan netizen mengkaitkan penampilannya itu terjadi hasil daripada hobi yang dilakukan.

Untuk rekod, Hafiz pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu sebanyak dua kali dan meraih trofi Vokal Terbaik sebanyak empat kali.

Izzi Farhana