[VIDEO] “Orang Paling Dekat Akan Rembat Laki Kita, Jaga-Jaga…” – Che Ta Usik Zain Saidin ‘Makan Beradab’ Dengan…

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta meraih perhatian selepas berkongsi sebuah video di TikTok mengusik suaminya, Zain Saidin.

Video yang dimuat naik menerusi akaun suaminya itu telah mencuit hati ramai pihak yang terhibur mendengar celoteh Che Ta.

Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, Che Ta sedang merakam sambil berleter kepada suaminya yang sedang menjamu selera bersama pempengaruh, Nur Khalaf.

“Awak semua kena jaga-jaga ya dengan kawan. Orang yang paling dekat dengan kita ialah orang yang akan rembat laki kita.

“Mula-mula makan sekali, lepastu makan beradab la. Kau sondol laki aku eh? Hari ini menggatal, eh jangan ambik laki kita ya.. Laki orang lain tak apa,” katanya dalam nada bergurau kepada Khalaf.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pesanan pedas Che Ta berkaitan isu hangat masa kini iaitu ‘menyondol suami orang’.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 61,000 tontonan, lebih 1,000 tanda suka dan 60 komen.

Sekadar info, Che Ta dan Zain berkahwin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, sembilan tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy, 27, dan Aniq Ezzra, 25.

Aqilah Paharuzi