[VIDEO] Padah Selalu Dikecam, Baby Shima Nak Berkawan Dengan Monyet? – “Manusia Suka Mengata..”

Nama penyanyi sensasi, Baby Shima sering menjadi perbualan hangat netizen di serata media sosial gara-gara kerap tampil dengan aksi didakwa ‘ghairah’ serta penampilan yang mencolok mata.

Malah, sebelum ini Baby Shima dikatakan banyak menerima mesej berbaur lucah daripada pengikutnya di Instagram serta terpalit kontroversi bergelek dan digelar penunggang agama.

Artikel Berkatian: Didakwa Ghairah Menari Dengan Pakaian Seksi Dengan Alasan Tahan kentut, Da’i Fuad Tegur Baby Shima

Sekian lama berdiam diri, Baby Shima tampil dengan sebuah video baru yang memaparkan dirinya memberikan pisang kepada monyet-monyet yang kelaparan.

“Baik kawan dengan monyet daripada manusia suka mengata,” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Malah, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai peminatnya yang seakan memahami ‘kekecewaan’ yang melanda penyanyi dangdut itu seoalah-olah penat akibat acap kali dikecam.

Namun begitu, ada segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif dengan berkata punca Baby Shima menerima kecaman adalah kerana sering berpakaian seksi.

 

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan netizen yang turut menyokong perbuatan Baby Shima pada kali ini kerana berkongsi rezeki dengan monyet.

Aqilah Paharuzi