[VIDEO] “Here To Crash The Wedding!” – Majlis Perkahwinan Birtney Spears Dicerobohi Bekas Suami!

Tular di ruangan media sosial mengenai momen perkahwinan penyanyi antarabangsa terkenal, Britney Spears dan Sam Asghari yang telah diganggu dengan kehadiran mengejut bekas suami pertamanya, Jason Alexander.

Kejadian yang berlaku di kediaman Britney semasa majlis perkahwinan indah berlangsung pada Khamis bertukar menjadi satu tragedi apabila tetamu tidak diundang itu menceroboh upacara berkenaan.

Memetik laporan TMZ, Alexander memecah masuk ke lokasi sambil membuat liputan secara langsung di Instagram miliknya.

Alexander melulu masuk ke dalam rumah dan bertanyakan di mana bekas isterinya itu yang didakwa Britney adalah isteri pertama dan satu-satunya.

Bagaimanapun, Alexander sudah ditangkap setelah Sarjan Cyrus Zadeh dari Pejabat Syerif Daerah Ventura, Amerika Syarikat bergegas ke kediaman Britney selepas menerima aduan berkenaan.

Sekadar maklumat, Britney berkahwin dengan Alexander yang merupakan kenalan lamanya pada tahun 2004 sebelum mereka mengambil keputusan bercerai selepas 55 jam disahkan bergelar suami isteri.

Penyanyi lagu Toxic itu bertunang dengan Sam pada bulan September tahun lalu selepas mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pada April lalu, namun Britney dilaporkan mengalami keguguran.

Pasangan ini mula mengenali sesama mereka ketika menjalani penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016 sebelum serius menjalin cinta setahun selepas itu.

Untuk rekod, ini perkahwinan ketiga Britney penyanyi pop berusia 41 tahun itu yang telahpun selamat menikah dengan jurulatih peribadi, Sam Ashgari, 28 tahun.

Menerusi perkahwinan kedua dengan penari Kevin Federline, Britney mempunyai dua anak lelaki iaitu Sean Preston, 16, dan Jayden James, 15.

Sumber: TMZ

Aqilah Paharuzi