[VIDEO] Pakai Spek Macam Rappers, Ramai Terhibur Gaya Pu Riz Jual Barang – “Caprice Ke DJ Khaled Ni?

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video di platform TikTok.

Menerusi video pendek itu, suami kepada selebriti popular Noor Neelofa itu menonjolkan sisi masuk airnya yang memakai cermin mata hitam sambil membuat gaya seperti rappers.

“Akak tahu tak, beg ni seriously senang bawa nak pergi mana-mana saja.

“Kita jual murah harini RM7 ringgit saja! Mmuah,” katanya membuat jari nombor 7 sambil mencium jarinya itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan terhibur melihat gelagat PU Riz itu.

Ramai dalam kalangan mereka yang terbayang mendengar ketawa Neelofa melihat gelagat suaminya.

“Aku dah boleh bayang gelak Lofa gais. Dia pinjam spek Lofa ni,” kata netizen.

“Aku ingatkan Caprice popcorn tadi, gaya macam DJ Khaled pun ada,” tulis netizen lain.


Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 103,000 tontonan, 4,000 tanda suka dan lebih 70 komen.

Artikel Berkaitan: Umum Nama Anak Kedua, Neelofa & PU Riz Pilih Abdullah Abbas

Artikel Berkaitan: Terima Cincin Berlian ‘Hadiah Raya’ Dari PU Riz, Neelofa Titip Doa Buat Suami -“Moga Mencurah Rezeki You Asbab Bahagiakan Isteri”

Aqilah Paharuzi