[VIDEO] Parodi Raya Raya Raya 2.0 The Dollah Buat Netizen Terhibur

Parodi lagu Raya popular kumpulan Dolla iaitu Raya Raya Raya telah dinyanyikan semula oleh lima jejaka pempengaruh TikTok popular!

Menggelarkan diri mereka sebagai The Dollah, ia dianggotai oleh Wan Chai, Black, Adam Bakery, Badtoroukun dan Farihin Narnia.

Difahamkan, naskhah tersebut telah diolah liriknya agar menjadi lebih kelakar dan rancak berserta muzik video yang mencuit hati penonton.

Muzik video tersebut telah dimuat naik di saluran YouTube milik Universal Music Malaysia dan sudah meraih lebih 37,000 tontonan.

Meninjau ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai respons terhadap The Dollah dan rata-rata terhibur dengan parodi tersebut.

“Lagu raya bunyi macam ni memang best. Nak buat lagu Raya dia kena panjang lepas tu bunyi bawah je tak perlu tinggi-tinggi tarik bagai sebabtu jadi tak sedap dengar.

“Ini baru fun and parody! Walaupun aku tak kenal diorang ni. Tapi syok and nampak parody dorang even the quality MV and sound pun better walaupun lagu dari Dolla.

“Aku mati-mati ingat lagu Raya Raya Raya new version tu Dolla yang akan nyanyi, tapi cara baru. Rupanya buat versi lawak macam ni.

“Aku nak tergelak mula-mula baca nama kumpulan ni The Dollah. Apa pun parodi untuk Raya Raya Raya ini terbaik, harap Dolla react MV ini,” tulis peminat di ruangan komen.

Terdahulu, Dolla pernah membuat kenyataan mahu merekodkan Raya Raya Raya dalam nafas baharu tetapi akhirnya sudah terbongkar bahawa versi terkini yang tampilkan adalah lagu parodi The Dollah.

Izzi Farhana